Niat puasa Ramadan Puasa (Islam)

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam apa-apa bahasa yang difahami. Begitupun, lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.[perlu rujukan]

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa Ramadan kerana Allah Taala.

atau

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Yang Lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau cita-cita dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.[perlu rujukan]

Menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali, bagi puasa Ramadan itu wajib diniatkan pada setiap malam sepanjang bulan tersebut; waktunya mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbir fajar pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadan itu, memadai diniatkan sekali sahaja iaitu pada malam pertama dengan meniatkan sebulan penuh.[1]

Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Umat Islam di Malaysia mengikuti pendapat Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan terputus oleh sesuatu sebab, seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Dengan erti kata lain, memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari puasa Ramadan yang berbaki, iaitu lafaz niatnya:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadan ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula dari terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardu maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sidik (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Rujukan

WikiPedia: Puasa (Islam) http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2... http://berkah-puasa.blogspot.com/ http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm http://www.syariahonline.com/puasa/index.htm http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan... http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2002/a02-26.htm http://www.islamituindah.my/hukum-gabung-puasa-qad... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/19...